Nasihat Ust Ebit Lew Kepada Sejumlah Wanita Pelayan Pusat Hiburan di Surabaya

Avatar

Jatim Aktual, Surabaya – Ust Ebit Lew atau Ebit Lew nama akun FB yang selalu viral saat mengupload hasil jelajahnya.

Kali ini beliau memposting hasil jalan-jalan berkongsi sambil memberikan nasihat kepada sejumlah wanita pelayan di pusat hiburan di Surabaya. Postingan tersebut di sukai 76.072, Komentar 2.420 dan dibagikan hingga 4.261. berikut isi postingannya.

“Semalam pergi berkongsi nasihat dengan wanita pelayan di Pusat Hiburan di Surabaya. Ramai kenal saya. Katanya dah lama tiada orang berkongsi ilmu dan nasihat. Mereka terharu ada orang sudi menasihati mereka Ada yang dari dulu kerja di tempat begini. Menyara keluarga. Keluarga susah-susah. Kadang melayan pelanggan kena mabuk. Ada di antara mereka mengalami tekanan mental. Rindukan bahagia. Baik-baik mereka semua ini ketika mendengar dan bertanya soalan kehidupan.

BACA JUGA :  Muncul Seruan Selamatkan Perusahaan Rokok Lokal : LSM Alpart dan Gempar Dukung Tapi Bukan Ilegal

Bila cerita solat dan hadiah buat mak ayah bukanlah duit semata-mata. Tetapi menjadi anak solehah dan baik. Mereka menangis. Ada yang minta doakan ingin kerja yang lebih baik dan ingin berkahwin dan menjadi isteri yang baik.

BACA JUGA :  Gara-Gara Rebutan Tanah, Warga di Pesisir Selatan, Sumbar, Jadi Korban Tembak

Banyak nasihat dan doa mereka ingin belajar. Ada yang nak mengenali Islam. Katanya terharu tak sangka ada orang agama datang sini cuma untuk beri nasihat. Ada seorang penjaga mereka turut menangis bersama. Terima kasih ustaz. Saya rindu semua ini. Banyak dosa saya.

Dari dulu setiap kali dakwah di pusat hiburan ramai yang akan datang menangis sebab mereka rindukan kebaikan. Masa dakwah di club Bukit Bintang dulu beberapa orang ingin belajar Islam. Ramai juga dah berhijrah. Syukur pada Allah.

BACA JUGA :  Rektor IAIN Madura Ajak Mahasiswa dan Alumni Mengisi Era Digital dengan Hal Produktif

Begitulah ujian mereka. Kita pun ada ujian dalam hidup. Bersyukur jika dapat taat. Berusaha sungguh-sungguh dan berdoa meninggalkan yang salah dan tak baik. Sebaik-baik saya, lebih baik orang lain. Seburuk-buruk orang lain, lebih buruk saya. Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus-kurus ikan, pasti ada isinya. Teringat mak saya cakap. Dulu ada orang sayang kita. Sekarang giliran kita sayang orang lain. Ya Allah jadikanlah asbab kebaikan dan hidayah.” Dalam postingan FBnya.

Sumber. https://www.facebook.com/465806410116276/posts/pfbid0KN5AMPD2jHtVwF8vww4aMKFMgYY8BASAgAQYac2gF8cRGoAvsyudnEaV8zwvM2obl/